RINGKASAN
EKSEKUTIF
Rancangan Perniagaan ini disediakan
adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari [agensi pembiaya/bank] di
bawah [nama Skim Pembiayaan] bagi projek Kedai Dobi saya iaitu [nama
perniagaan] di [lokasi].
Berbekalkan pengetahuan melalui kursus
perniagaan dobi anjuran [agensi/syarikat] dan pengalaman bekerja secara
praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di [lokasi], saya bercadang untuk
membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak [RM250,000].
Kos projek tersebut termasuklah
pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian stok,
perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya
bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan [nama Skim Pembiayaan] sebanyak
[RM200,000] manakala sumbangan saya adalah sebanyak [RM50,000].
[lokasi cadangan] saya dapati adalah
satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah dilihat
dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai
kerana ia terletak di premis pusat perniagaan [pekan/bandar ABC] dengan
dikelilingi oleh [5] buah taman perumahan dan terdapat [2] buah kondominium dan
[2] apartment berhampiran dengannya.
Dengan tahap persaingan yang sederhana
dari [3] buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka
dengan menguasai lebih kurang [25%] daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada
kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.
Produk perkhidmatan dobi saya antara
lain akan merangkumi cucian normal, cucian comforter/toto, cucian cadar,
langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian kering
seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang),
kemeja, kemeja T, jeans, seluar panjang dan lain-lain.
Berdasarkan trend pasaran masa
kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin
meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan
terhadap cucian ‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf
hidup penduduk yang semakin meningkat.
Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario
masa hadapan perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup
penduduk yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang cepat, cekap dan
efisien.
Saya berharap dengan bantuan [skim
pembiayaan] ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan
seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi
ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.
1.0
PENDAHULUAN
1.1
Tujuan
Penyediaan Rancangan Perniagaan
Tujuan
Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan
pembiayaan sebanyak [RM200,000] dari [Skim Pembiayaan] dikelolakan oleh [agensi
pembiaya/bank] bagi membiayai pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian
stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi membuka Kedai
Dobi saya di [lokasi].
2.0
PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN
2.1
Permohonan Pembiayaan
Kemudahan
pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-
No.
|
Keperluan
|
RM
|
1
|
Peralatan
Dobi
|
170,000.00
|
2
|
Peralatan
Kedai & Premis
|
5,000.00
|
3
|
Ubahsuai
& Dekorasi
|
15,000.00
|
4
|
Pembelian
Stok – Bahan cucian
|
2,000.00
|
5
|
Deposit
Sewa Premis
|
5,000.00
|
6
|
Perbelanjaan
Pra-Operasi
|
10,000.00
|
7
|
Yuran
Guaman
|
3,000.00
|
8
|
Modal
Pusingan
|
40,000.00
|
|
Jumlah
|
250,000.00
|
2.2 Cadangan Struktur Pembiayaan
Sumbangan/Pembiayaan
|
%
|
RM
|
Pengusaha
-
Deposit Sewa, Yuran Guaman dan Stok Bahan Cucian
|
20.00
|
50,000.00
|
Pinjaman
[Skim Pembiayaan]
-
Peralatan, Ubahsuai, Pembelian Stok Dan Modal Pusingan
|
80.00
|
200,000.00
|
Jumlah
|
100.00
|
250,000.00
|