Mengenai Jimmy Choo
Artikel ini mengenai pereka fesyen kasut ternama dan membentuk satu syarikat bersempena dengan namanya sendiri iaitu, Jimmy Choo Ltd.
Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun dan beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut.
Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.
Koleksi Jimmy Choo
Koleksi rekaan beliau
mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama
Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat
liputan media jualannya terus merosot.
Antara koleksi yang terkenal ialah koleksi yang dipakai oleh mendiang Puteri Diana. Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
Antara koleksi yang terkenal ialah koleksi yang dipakai oleh mendiang Puteri Diana. Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
Awards
- 2000: Anugerah gelaran Dato' oleh Sultan Pahang atas kejayaan dalam rekaan fesyen
- 2002: Anugerah OBE (Order of the British Empire) penghormatan kepada beliau atas kejaayan dalam bidang fesyen di UK.
- 2004: Anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri by the Yang di-Pertua Negeri
- 2009: Anugerah Honorary Fellowship daripada University of the Arts London
- 2011: Pemenang “The World’s Outstanding Chinese Designer 2011” Design bagi Asia Award
- 2012: Menerima You Bring Charm to the World – World’s Most Influential Chinese Award
- Dianugerahkan honorary doctorate in art pada Julai 2004 daripada De Montfort University, Leicester, U.K., atas sumbangan dalam Single Honours Footwear Design degree