twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, 26 April 2013

TASK 3 ~ CONTOH BUSINESS PLAN KEDAI DOBI


RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari [agensi pembiaya/bank] di bawah [nama Skim Pembiayaan] bagi projek Kedai Dobi saya iaitu [nama perniagaan] di [lokasi].

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus perniagaan dobi anjuran [agensi/syarikat] dan pengalaman bekerja secara praktikal selama 3 bulan di sebuah kedai dobi di [lokasi], saya bercadang untuk membuka Kedai Dobi saya dengan anggaran kos projek sebanyak [RM250,000].

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kedai & premis, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan [nama Skim Pembiayaan] sebanyak [RM200,000] manakala sumbangan saya adalah sebanyak [RM50,000].

[lokasi cadangan] saya dapati adalah satu lokasi yang strategik untuk perniagaan Kedai Dobi kerana ia mudah dilihat dan mudah diakses dari jalan raya utama. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak di premis pusat perniagaan [pekan/bandar ABC] dengan dikelilingi oleh [5] buah taman perumahan dan terdapat [2] buah kondominium dan [2] apartment berhampiran dengannya.

Dengan tahap persaingan yang sederhana dari [3] buah Kedai Dobi sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang [25%] daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan.

Produk perkhidmatan dobi saya antara lain akan merangkumi cucian normal, cucian comforter/toto, cucian cadar, langsir, blanket, lapik kusyen, khidmat menggosok pakaian, cucian kering seperti baju kurung set, kot, blazer, jaket, suit (kot dan seluar panjang), kemeja, kemeja T, jeans, seluar panjang dan lain-lain.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan dobi semakin meningkat terutamanya kepada golongan muda yang sibuk dan juga permintaan terhadap cucian ‘dry cleaning’ yang semakin memberangsangkan berikutan taraf hidup penduduk yang semakin meningkat.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan dobi adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup penduduk yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang cepat, cekap dan efisien.

Saya berharap dengan bantuan [skim pembiayaan] ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang peruncitan dan perniagaan dobi khasnya.



1.0               PENDAHULUAN

1.1               Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak [RM200,000] dari [Skim Pembiayaan] dikelolakan oleh [agensi pembiaya/bank] bagi membiayai pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi membuka Kedai Dobi saya di [lokasi].

2.0        PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1        Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-
No.
Keperluan
RM
1
Peralatan Dobi
170,000.00
2
Peralatan Kedai & Premis
5,000.00
3
Ubahsuai & Dekorasi
15,000.00
4
Pembelian Stok – Bahan cucian
2,000.00
5
Deposit Sewa Premis
5,000.00
6
Perbelanjaan Pra-Operasi
10,000.00
7
Yuran Guaman
3,000.00
8
Modal Pusingan
40,000.00

Jumlah
250,000.00

2.2   Cadangan Struktur Pembiayaan

Sumbangan/Pembiayaan
%
RM
Pengusaha
- Deposit Sewa, Yuran Guaman  dan Stok Bahan Cucian
20.00
50,000.00
Pinjaman [Skim Pembiayaan]
- Peralatan, Ubahsuai, Pembelian Stok Dan Modal Pusingan
80.00
200,000.00
Jumlah
100.00
250,000.00